Mega Raya Eid 2019- Festival Hari Raya Famili terbesar di Putrajaya

Putrajaya: Buat kali ke dua, Festival Raya – Mega Raya Eid 2019 akan diadakan bertempat di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Banyak jenama popular dan ramai selebriti terkenal yang akan berniaga dan memeriahkan Mega Raya Eid 2019 pada 25 & 26 Mei 2019 ini. Antaranya termasuklah Siti Khadijah, Bokitta Hijab, Alha Alfa, Dexandra, GOTMEK, Elrah, DYXY, AlHidayah Exclusive dan Rafflesia Hijab serta diserikan dengan Shiha, Khai & Rosma, Mawi & Ekin, Saida & Saerah, Aiman Rahman, Hafreez Adam, Zara Zya dan ramai lagi artis popular tanah air.

 

Eh Eh Bazaar yang sinonim dengan penganjuran bazaar-bazaar hujung minggu untuk usahawan online sejak 2013, ditemui di Majlis Ramadhan Review dan Sidang Media Pelancaran Mega Raya Eid di PICC, pada 9 April 2019.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar, Iffah Zaimi, sesuai dengan tema tahun ini, penganjuran Mega Raya Eid 2019 ini iaitu Festival Raya Famili Terbesar; ia akan pusat jualan raya bagi seisi keluarga – ayah, ibu dan anak-anak selain menggalakkan aktiviti keusahawanan dengan lebih 200 usahawan berniaga di bawah satu bumbung.

 

“Dengan lebih 200 usahawan yang akan menawarkan bukan sahaja produk Hari Raya untuk para ibu namun, terdapat banyak juga jenama yang dipanggil untuk memberi fokus kepada pada ayah dan anak-anak atau Famili.

 

Tambah Iffah, dengan kemudahan bertaraf antarabangsa dan harga jualan serendah RM1,300, ianya akan menjadi wadah yang sangat sesuai untuk para usahawan meningkatkan keuntungan jualan sempena hari raya aidilfitri yang akan menjelang kelak.

 

“Ini adalah pelaburan terbaik bagi meletak perniagaan online anda ke tahap jauh lebih baik,” katanya.

 

“Pihak kami menyediakan lokasi berniaga paling strategik dengan penghawa dingin, kemudahan meletak kenderaan percuma tanpa perlu bersesak selain booth yang lengkap dengan meja dan kerusi. Saya rasa, harga booth yang kami tawarkan begitu rendah berbanding lokasi yang sangat gah dan bertaraf dunia.

 

Malah para pengunjung juga boleh membeli-belah tanpa meninggalkan amalan solat sunat terawih kerana PICC juga menyediakan surau lengkap dengan solat terawih pada setiap malam di samping buffet Ramadhan.

 

Pengunjung  terawal setiap hari juga akan menerima beg goodies tajaan Yakult, Siti Khadijah, Bokitta Hijab dan GOTMEK. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang acara berlangsung yang menawarkan banyak hadiah yang menarik. Terdapat juga beberapa pertandingan pra-Mega Raya Eid sedang berlangsung di laman sosial Facebook Eh Eh Bazaar dengan duit raya RM1,000 sebagai hadiah utama!

 

Untuk keterangan lanjut mengenai tempahan gerai, bolehlah menghubungi nombor 011-11407854 / 011-6420 6362. Bagi vendor yang berminat, sila buat tempahan gerai dengan segera sebelum terlewat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *