STREET RAYA 2019

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Masjid dan Surau Jumaat serta rakan strategik telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri “Street Raya” 2019M/1440H pada 06 Julai 2019 ( Sabtu ) di Jalan Raja / Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Pelbagai jenis menu dan juadah disediakan oleh masjid, surau Jumaat dan agensi lain untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir.  Sebanyak 71 buah masjid dan 10 buah surau Jumaat telah mengambil bahagian dua dari Putrajaya dan satu dari Labuan.

Menu utama iaitu sajian 70 ekor kambing, 50,000 cucuk sate, 200 ekor ayam.pusing, nasi arab dan nasi lemak. Sempena musim durian, dua tan durian juga di sajikan.

‘SYAWAL DIRAI, UMMAH DISANTUNI’

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *