Taman Air Safari Bukit Gambang Resort

Satu- satunya Taman Safari terbesar di Malaysia dengan pelbagai jenis hidupan liar dan dilindungi seperti Singa putih, Harimau, Zirafah, Unta, Gajah, Harimau Kumbang, Beruang, Buaya, Kuda Belang, Helang dan banyak lagi. Selain itu Taman Tema Air pun ada di sini. Sesuai untuk semua peringkat umur dan yang berkeluarga.

Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) juga turut menawarkan Team Building diuruskan oleh Active Academy (AA) di Cowboy Town. Bukan biashe-biashe mereka ni tau. Pesanan dari saya, standby bawa power bank extra, banyak video dan gambar penuh gelak tawa akan terakam di sini.

Mereka juga turut menawarkan pakej dari RM 18 ( Kanak-kanak ) – RM 28 ( Dewasa ) untuk aktiviti dan rekreasi luar seperti Memanah, Paintball, Menunggang Kuda , Flying Fox, naik Motor ATV masuk hutan dan macam-macam lagi. Seronok juga sekali sekala masuk hutan, boleh relaxkan minda dan duka di kala hati melara. 

Terdapat pelbagai pilihan tempat nak menginap serendah dari RM 255 sehingga RM 2770. Anda boleh pilih nak bilik konsep Studio Suite, Bedroom Suite atau Villa. Semua sudah termasuk sekali dengan sarapan. Kalau nak mudah baik ambil pakej masukkan sekali Tiket Safari dan Tiket Taman Air. Penginapan Everia’s Villa San Francisco menjadi pilihan kerana anda akan merasa seperti berada di oversea rumah sendiri, senang nak parking kereta dan merasai ketenangan suasana malam yang nyaman. Pilihan Villa lain ada Amsterdam dan Venice.

Anda malas nak bawa kereta, jangan risau kemudahan Tram ada disediakan. Hanya tunggu dekat Bus Stop okay. Untuk pengetahuan, BGRC melaksanakan sepenuhnya sistem transaksi tanpa tunai. “E-Value” yang membolehkan anda menyimpan nilai tunai ( Wang ) di  “Wrist Band ” ( Pakai di pergelangan tangan, scan sahaja untuk pembelian ). Kemudahan lokar pun ada disediakan.

Taman Tema Air terbahagi kepada beberapa zon. Ada Coco Beach Wave Pook & Lagoon yang mana anda akan merasai sendiri pukulan ombak kasih sayang seperti sedang bercuti di tepi pantai Hawaii. Kepada peminat-peminat Lane Racer, pastikan anda bawa GoPro. Rakam suasana semasa nak meluncur turun ke bawah.

Untuk keluarga ada zon Family Raft Ride & Tree Top Hill Slides. Anda akan naik pelampung seperti no 8 dan meluncur seperti tiada garisan penamat. Best dan pastikan anda berpaut kuat kerana badan akan berasa ringan seperti terbang di awangan biru seketika sambil fikiran anda melayang.

Kepada kanak-kanak anda boleh pergi ke Zon Penguin Island dan Aqua Play. Ada Taman Permainan berair siap dengan air terjun. Ibu bapa tidak perlu risau anda boleh lihat dari jauh. Tapi sepanjang berada di sini, dengan parents sekali main air. Mereka pula yang riang raya keseronokkan.hahaha

Taman Safari Bukit Gambang Resort adalah yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 138 hektar. Terdapat pelbagai jenis haiwan ada di sini seperti Singa Putih, Harimau Malaya, Zirafah, Unta, Gajah, Harimau Kumbang (Wakanda Forever), Beruang, Buaya, Kuda belang, Rusa, Ilama, Helang , Ular, Labah2 dan banyak lagi. Terdapat enam Zon yang wajib anda lawati. Antaranya Wild Savannah, Simba Hill, Foreign Village, Forest Land, Land Of Predators dan Night Jungle. Aktiviti ini perlukan masa sehari bermula dari pagi sehingga petang. Jangan risau kemudahan tempat makan, tandas dan surau pun ada di setiap kawasan

Semasa di Zon Wild Savannah, anda boleh lihat haiwan dengan lebih dekat lagi. Pilihan sama ada nak naik Tram atau menaiki ATV anda sudah boleh masuk ke kawasan zon ini. Cadangan naik ATV lagi best, boleh beri makanan dan main kejar2 dengan binatang lain semasa dalam zon. Hahaha

Selepas itu kita boleh lihat persembahan comel dari haiwan-haiwan terlatih di kawasan Show Arena. Serius memang fun. Bila lalu area Walking Zon, pesan untuk anak2 pintar para ibu bapa bersiap sedia lah dengan 1001 jawapan bila anak-anak tanya ye. Antaranya Papa papa nak bawa balik boleh…Makan roti kosong je, xletak nutella ke papa.. Kenapa haiwan itu gemuk mama, diorang tak jogging ke . Good luck la yee.. ^^v

Terdapat 3 tempat “Show Arena” iaitu Predator Arena, Village Arena dan Forest Arena. Setiap Arena masing-masing ada persembahan tersendiri, ada persembahan macam cerita Indiana Jones, cerita Tarzan pun ada. Boboboy, Upin Ipin atau boboi di mana tiada ye sini.

Kenapa nak pergi Afrika, France atau Amsterdam. Kini semua dah ada di sini. Jimat kos, jimat masa, anda hanya perlu rancang bila nak datang sini. Untuk maklumat lanjut mengenai BGRC ini anda boleh layari https://bgrc.com.my/ atau hubungi mereka melalui Facebook BGRC 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *