The Sultanate – Arabian Mongolian Russian

Restoran  Sultanate – Kitchen & Coffee Bar adalah satu-satunya restoran yang menyajikan makanan asli Arab, Mongolia dan Russia. Lokasi restoran di aras 1 sebelah kiri ( West Wing ) Grand Ball Room Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Dengan ruang yang besar dan cukup selesa restoran ini mampu memuatkan seramai 150 pelanggan dalam satu masa.

Terdapat 3 menu utama yang anda boleh cuba di sini. Antaranya Menu set Arab, Mongolia atau Russia.Setiap set mempunyai kepelbagaian menu dan rasa  yang berbeza. Uniknya ada set menu yang anda perlu rasa mengikut step by step. Nak tahu kena la datang sini rasai sendiri menu dia. Anda boleh tanya waiter sekiranya perlukan bantuan okay

Selain menikmati sajian yang enak, anda boleh pilih meja makan berviewkan pemandangan stesen bukit nenas atau nak makan dalam Private Room  mengikut tema menu. Sekiranya anda nak datang beramai-ramai boleh request nak makan dalam Bilik Suasana Arab, Bilik Mongolia atau Bilik Russia. Barulah ada rasa feel macam sedang makan di negara mereka.

Untuk mereka yang perlukan tempat perbincangan, nak berjumpa klien atau perlukan private room, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Nak datang ke sini pun cukup mudah:

Boleh menggunakan perkhidmatan Monorel /  LRT

KL Monorel Line – Turun di Stesen Bukit Nenas ( 5 minit masa perjalanan )
Kelana Jaya Line –  Turun di Stesen Dang Wangi ( 10 minit masa perjalanan )

Yang menaiki kereta
Google Map / Waze:  The Sultanate – Kitchen & Coffee Bar

Alamat:

The Sultanate – Kitchen & Coffee Bar
Arabian – Mongolian – Russian

Level 1, West Wing Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Buka setiap hari jam 12:00 tengah hari – 1:00 pagi

No telefon: 013-425 6829 / 014-994 8692

Facebook: Facebook.com/sultanaterestaurant 

Instagram: Instagram.com/sultanaterestaurant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *